Jom APC Kg Padang Kuantan!









Kepada ibu bapa yang dihormati,


Jom hantar anak anda ke Al Baghdadi Playtime Centre (APC) Kg Padang!

APC ini terbuka untuk anak-anak berusiaa 4, 5, dan 6 tahun.Apa itu APC?

Al Baghdadi Playtime Centre (APC) merupakan sebuah program prasekolah berasaskan Al Quran yang dirangka khusus bagi memenuhi keperluan pendidikan Islam semasa. APC menerapkan 50% pembelajaran Al Quran dalam sesi pembelajaran. APC dihasilkan berteraskan 2 program utama Al Baghdadi iaitu Teknik Al Baghdadi (Asas Bacaan Al Quran) dan NADI Al Baghdadi (Hafazan Al Quran Al Baghdadi) yang memenuhi 50 % pembelajaran di APC. APC juga menerapkan pembelajaran akademik seperti Teras Bahasa, Teras Kognitif dan Teras Akhlak.



Disamping itu juga, Pendidikan Prasekolah Al Quran dan Pra Tahfiz Nadi Al Baghdadi adalah satu usaha berterusan ke arah membina generasi Al Quran yang mampu mempelajari Al Quran seawal usia empat tahun dengan meningkatkan keupayaan membaca, menghafaz dan memahami ayat Al Quran dengan teknik yang inovatif, kreatif dan menyeronokkan. Teknik Al Baghdadi telah menerima pengiktirafan The Malaysia Book of Records serta telah terpilih sebagai Finalis Anugerah Inovasi Negara 2013.


Jadi, apa tunggu lagi. Jom daftar anak anda ke APC Kg Padang untuk kemasukan 2018!











No comments:

Post a Comment