Garis Panduan & Peraturan Ibu Bapa / Penjaga APC Kg Padang




Ibu Bapa/ Penjaga hendaklah memahami dan bersetuju untuk mematuhi garis panduan & peraturan yang disediakan oleh APC Kg Padang sebelum mendaftarkan anak-anak mereka di sini.


GARIS PANDUAN & PERATURAN BAGI IBU BAPA / PENJAGA APC KG PADANG


WAKTU OPERASI
APC KotaSAS kami beroperasi dari hari Isnin hingga Jumaat bermula jam 7.00 pagi sehingga 6.00 petang. APC tidak beroperasi sewaktu cuti sekolah dan cuti umum. Berikut adalah pecahan waktu mengikut pakej pembelajaran:
   Pakej Sepenuh Masa   : 8.00 pagi hingga 5.30 petang.
PENGHANTARAN & PENGAMBILAN
1.       Ibu/bapa/penjaga perlu menghantar pelajar mengikut waktu yang ditetapkan. Pelajar boleh dihantar seawal jam 7.00 pagi. Pelajar diharap tidak lewat kerana ianya akan mengganggu seisi pembelajaran pelajar lain pada jam 8.00 pagi.
2.       Selepas waktu sekolah Ibu/bapa/penjaga diminta mengambil pelajar seawal jam 5.30 petang dan selewat-lewatnya pada jam 7 petang. Caj tambahan akan dikenakan selepas jam 6 petang sebanyak RM5 sejam dan perlu dibayar tunai pada hari yang sama.
3.       Ibu/bapa/penjaga diminta memaklumkan lebih awal kepada Pengurusan APC sekiranya menghantar wakil bagi mengambil pelajar selepas sesi persekolahan tamat. Hanya wakil yang disahkan melalui pengenalan bergambar/ kata kunci/ pas pengambilan pelajar akan dibenarkan mengambil pelajar.
4.       Ibu/bapa/penjaga perlu memaklumkan lebih awal kepada pengurusan APC sekiranya hendak mengambil anak lebih awal (sebelum jam 5 petang) dan hanya kes kecemasan dan hal-hal yang tidak dapat dielakkan sahaja yang akan mendapat pertimbangan pengurusan APC.  Anak hanya dibenarkan pulang setelah mendapat kebenaran dari pengurusan APC.
 KEHADIRAN
1.       Ibu/bapa/penjaga haruslah memastikan pelajar hadir setiap sesi waktu pra-persekolahan yang ditetapkan. Sebarang ketidakhadiran boleh dimaklumkan lebih awal kepada pihak pengurusan APC.
2.       Memandangkan sesi pembelajaran bermula jam 8.00 pagi, Ibu/bapa/penjaga harus memastikan pelajar dalam keadaan bersih sekiranya tiba di APC (Contoh: berus gigi, basuh muka, mandi). Pakaian tidur (pijama) tidak dibenarkan.
3.     Pihak APC tidak membenarkan anak yang disahkan sakit (demam, selsema, muntah, cirit-birit) dihantar bagi menjaga kemaslahatan kesihatan pelajar lain. (sila rujuk polisi pengecualian hadir ke sekolah yang dilampirkan bersama garis panduan ini)

YURAN
1.       Yuran bulanan mesti dijelaskan sebelum atau pada 7hb bulan dalam pengajian bulan semasa. Contohnya; Yuran Pengajian BulanJanuari 2017 perlu dibayar selewat-lewatnya 7hb Januari 2017.
2.       Pembayaran yuran secara tunai tidak dibenarkan sama sekali bagi mengelakkan risiko kehilangan atau lain-lain masalah.  Yuran bulanan perlu dibayar secara terus kedalam akaun CIMB RICH AND SUCCESS SOLUTIONS (8602 947 973)
3.       Sebarang ketidakhadiran ke APC pada tempoh pengajian tidak mengubah jumlah yuran yang perlu dijelaskan.
4.       Pihak APC memohon kerjasama ibu/bapa/penjaga agar mematuhi tarikh akhir bayaran yuran pengajian.
5.       Pihak pengurusan APC berhak memberhentikan dalam tempoh 24 jam sekiranya mempunya itunggakan yuran melebihi 2 bulan.
6.       Ibu/bapa/penjaga yang tidak dapat menjelaskan bayaran pada tarikh yang ditetapkan hendaklah memaklumkan kepada pengurusan APC untuk mendapatkan pertimbangan sewajarnya.
7.       Jika pelajar ingin berhenti atau diberhentikan, tiada sebarang pengembalian/ tuntutan balik bagi yuran pendaftaran/ bulanan yang telah dibayar sebelumnya.
PAKAIAN
1.       Murid hendaklah memakai pakaian seragam tadika atau baju sukan yang telah dikhaskan. Pakaian lain tidak dibenarkan, kecuali diberitahu oleh pengurusan APC untuk aktiviti-aktiviti tertentu.
2.       Murid hendaklah memakai tag nama yang telah diberikan oleh pengurusan APC
DISIPLIN
1.        Murid hendaklah sentiasa mematuhi peraturan-peraturan yang telah ditetapkan.  Tindakan disiplin akan diambil samada dengan menggantung atau memberhentikan persekolahan murid tersebut.
2.        Segala bayaran yang telah dibuat tidak akan dipulangkan sekiranya murid diberhentikan atas masalah disiplin.
MAKAN & MINUM
1.       Pelajar yang mengambil pakej sepenuh masa disediakan makan sebanyak 3 kali iaitu sarapan pagi, makan tengahari dan minum petang.
2.       Pelajar dibenarkan membawa makanan/bekalan berkhasiat dari luar kecuali makanan yang tidak berkhasiat seperti makanan ringan, keropok, gula-gula dan sebagainya.
3.       Pelajar tidak dibenarkan membawa alat permainan kesekolah.
4.       Ibu/bapa/penjaga perlu memaklumkan kepada pengurusan APC sekiranya anak tuan/puan mempunyai alahan terhadap makanan.

KESELAMATAN
Pengurusan APC mengambil serius tentang keselamatan murid-murid. Sekiranya terdapat kes-kes kecemasan dan memerlukan tindakan segera, pihak pengurusan APC akan merujuk/membawa murid berkenaan ke klinik yang berdekatan untuk mendapatkan rawatan.  Pada masa yang sama, pihak ibubapa/penjaga akan dimaklumkan melalui telefon.

NOTIS MENAMATKAN PERKHIDMATAN DI APC
Sila maklumkan kepada Pihak Pengurusan APC Kg Padang satu bulan lebih awal sekiranya ibu/bapa/penjaga mahu menamatkan perkhidmatan di APC KotaSAS.

AKUAN
Saya ……………………………………………………………………………. dengan ini mengesahkan telah diberi penerangan mengenai garis panduan & peraturan dan mengakui memahami segala peraturan yang telah ditetapkan oleh pihak APC Kg Padang.

_________________________________________________________________________________________________
_
LAMPIRAN: POLISI PENGECUALIAN HADIR KE TADIKA MUTIARA ALBAGHDADI

1.         Murid-murid akan disaring setiap hari sewaktu tiba di premis tadika dengan mengambil suhu badan menggunakan thermometer (infrared ear thermometer) dan direkodkan di dalam buku saringan yang telah disediakan oleh pihak tadika.  Jika suhu badan yang diambilmelebih 37.5 ͦ C, murid-murid akan diminta pulang bersama ibubapa kerana murid berkenaan telah menunjukkan symptom awal terkena demam.  Ini bertujuan untuk mengelakkan suhu badan semakin meningkat dan kesan-kesan lain akibat suhu badan yang tinggi. Ia juga untuk mempastikan murid-murid yang mempunyai symptom awal demam mendapat rawatan yang sewajarnya dari doktor.  Ibubapa bertanggungjawab membawa anak masing-masing untuk mendapatkan rawatan.
2.         Sekiranya anak tuan/puan telah disahkan demam oleh doktor, mereka TIDAK dibenarkan untuk hadir kesekolah dan mengikuti aktiviti-aktiviti pada hari tersebut sehingga anak tuan/puan disahkan sihat sepenuhnya.  Kami juga TIDAK membenarkan tuan/puan membekalkan ubat kepada anak tuan/puan dan meminta guru-guru atau petugas tadika untuk memberikan kepada anak tuan/puan. Ini bagi mengelakkan risiko tersalah beri makan ubat, masa dan dos yang tidak tepat. Ia juga bertujuan untuk mengelakkan pihak tadika dipersalahkan jika sesuatu perkara yang tidak diingini berlaku kepada anak tuan/puan.
3.         Gejala yang perludisaring adalah seperti berikut:
DITANYA
DIPERIKSA (JIKA BOLEH)
Demam
Suhu> 37.5
Selsema
Hidungberhingus
Batuk
Batuk
Ciritbirit

Ruam/lepuh/kudis
Ruam/lepuh/kudis
Sakitmata
Mata merahataumatabertahi

4.    Jika penyakit anak tuan/puan telah dipastikan oleh doctor sebagai penyakit berjangkit, anak tuan/puan TIDAK BOLEH dibenarkan sama sekali untuk hadir ke premis sehingga habis tempoh jangkitan. 


5.    Gejala atau tanda-tanda jangkitan penyakit yang mempunyai risiko jangkitan kepada murid-murid adalah seperti demam, cirit-birit, muntah-muntah, ruam dengan demam, sakit tekak dengan demam dan kelenjar membengkak, batuk yang teruk, sakit mata, sakit kuning/jaundis, menangis tidak berhenti dan memerlukan perhatian lebih dari biasa atau irritable.

6.   Bagi murid-murid yang masih minum susu menggunakan botol, TIDAK dibenarkan menggunakan botol semasa di tadika kerana botol susu sentiasa perlu disterilkan bagi mengelakkan jangkitan kuman.  Murid-murid boleh meminum susu menggunakan cawan.

No comments:

Post a Comment